Hos yang layak di Airbnb boleh mencipta URL tersuai untuk menghalakan orang ke setiap penyenaraian mereka. Hos yang menggunakan alat hos profesional juga boleh mencipta URL tersuai untuk halaman pemasaran profesional mereka. Hos hanya boleh mencipta satu URL tersuai bagi setiap penyenaraian atau halaman pemasaran profesional. Setiap URL adalah sah hanya semasa penyenaraian atau akaun aktif dan boleh ditarik balik jika penyenaraian atau akaun dinyahaktifkan atau dikeluarkan daripada Airbnb atas sebarang sebab. 

Anda tidak memiliki URL tersuai anda, dan apabila dasar ini atau terma Airbnb dilanggar, Airbnb boleh menamatkan hak anda untuk menggunakannya. Berikut ialah dasar yang perlu diikuti apabila mencipta URL tersuai. 

URL tersuai tidak boleh termasuk:

  • Sebarang variasi perkataan “Airbnb” atau mana-mana kandungan lain yang melanggar garis panduan jenama kami 
  • Perkataan “disahkan” 
  • Perkataan “rasmi” melainkan dibenarkan oleh orang, tempat, atau organisasi yang ada kaitan dengannya
  • Simbol atau tanda baca, kecuali sempang
  • Kurang daripada tiga aksara 
  • Maklumat hubungan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, alamat e-mel, nombor telefon, alamat laman web, dan nama keluarga
  • Tanda dagangan atau nama jenama, melainkan anda memilikinya atau dibenarkan menggunakannya
  • Maklumat mengelirukan atau penyamaran sebagai orang lain, entiti, atau penyenaraian
  • Kandungan yang melanggar undang-undang atau melanggar hak orang atau entiti lain, termasuk hak harta intelek dan hak privasi.
  • Kandungan yang menggalakkan aktiviti yang berbahaya atau menyalahi undang-undang, atau yang tidak senonoh, kasar, lucah, menyinggung perasaan, mengancam, mendiskriminasi atau mengganggu

URL tersuai tidak boleh terdiri daripada hanya :

  • Jenis penginapan umum (cth: Apartmen, Kabin, Rumah Pokok, Loteng, Rumah)
  • Lokasi geografi generik (cth: SanFrancisco)
  • Nombor. Semua URL mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu huruf

Beberapa contoh URL yang boleh diterima: 

/rumah-percutian-dan-kabin-banjaran-alps-perancis

/percutian-babu

/kediaman-helen

/bilik-persendirian-di-pusat-bandar-barcelona